Tuesday, June 22, 2021

Monday, June 14, 2021

Karangan Bentuk Hari


Hari Guru

Pada hujung minggu lepas, pihak sekolah mengadakan sambutan hari guru. Guru besar, guru-guru, ibubapa dan murid-murid tiba pada pukul 7.55 pagi di dewan sekolah. Tujuannya adalah untuk mengenang jasa guru.
Sehari sebelumnya, pada awal pagi kami menyusun kerusi yang baru dibeli. Pekerja sekolah dan guru-guru kelas menolong kami.
            Semasa hari guru ada ucapan Guru besar. Selepas itu, ada acara seperti menyanyi, drama, permainan, persembahan silap mata, lawak jenaka oleh Cikgu Ramli dan sebagainya. Saya juga turut mengambil bahagian.
Semasa di sana, saya berasa meriah. Saya sungguh gembira kerana turut menyanyi.
            Kira-kira dua jam kemudian, kami pun pulang. Sebelum pulang Guru besar mengucapkan terima kasih. Saya berasa gembira kerana majlis ini berjalan dengan lancar.

Contoh Karangan Laporan


LAPORAN GOTONG-ROYONG SJK(T) ARUMUGAM PILLAI  

2021
         Pada hujung minggu lepas, pihak sekolah mengadakan hari gotong-royong. Guru besar, guru-guru, ibubapa dan murid-murid tiba pada pukul 7.55 pagi di dewan sekolah. Tujuannya adalah untuk membersihkan kawasan sekolah.
        Sehari sebelumnya, pada awal pagi kami menyediakan semua peralatan di stor sekolah. Pekerja sekolah dan guru-guru menolong kami.
        Semasa hari gotong-royong ada ucapan Guru besar. Selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya dan kawan-kawan saya bersama Cikgu Ramli ditugaskan membersihkan bilik sains. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk merakam gambar sebagai kenang-kenangan.
        Semasa di sana, saya berasa sungguh meriah. Saya gembira kerana turut berjasa kepada sekolah.
      Kira-kira dua jam kemudian, kami berkumpul semula di dataran perhimpunan. Kami dihidangakan dengan beberapa juadah untuk menjamu selera. Selepas itu,kami pun pulang. Sebelum pulang Guru besar mengucapkan terima kasih. 

Laporan disediakan oleh,                                   
___________________                                                                      23 Januari 2021
(Sivanantham a/l Raju)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK(T) ARUMUGAM PILLAI

Biografi



Jiran Saya
(SiBiDiBADBA)
        Nama jiran saya ialah Encik Remo. Beliau dilahirkan pada 11 November 1964. Beliau dilahirkan di Bukit Jenun. 
        Beliau berumur 47 tahun. Beliau bekerja sebagai penghulu. Beliau mempunyai tiga orang anak. Beliau juga seorang yang baik hati. Encik Remo suka menolong jiran-jiran yang susah.
        Sikapnya yang peramah dan pemurah menyebabkan beliau disayangi dan disanjungi. Semua orang amat menghormatinya.
        Pada hujung minggu beliau bergotong-royong bersama jiran-jirannya. Saya suka akan beliau.
      

Karangan Jenis Fakta

  Faedah Membaca

             Faedah membaca bermaksud kebaikan hasil daripada membaca. Membaca boleh memberikan banyak faedah. Jika seseorang itu boleh membaca maka dia boleh menguasai semua elemen pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan di pasaran, contohnya; majalah, surat khabar, buku rujukkan, buku teks, risalah, poster,internet dan sebagainya. Oleh itu, membaca membawa banyak faedah.
Selain itu, membaca juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Jika kita membaca banyak buku atau melayari internet kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contohnya, pada masa kini kita boleh membaca buku atau surat khabar melalui internet. Internet telah menjadi jambatan ilmu untuk pembaca. Oleh itu, membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.
Seterusnya, melalui membaca kita juga boleh menggunakan masa dengan berfaedah. Contohnya, melalui membaca kita boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita juga, boleh manfaatkan masa tanpa berlepak di pusat-pusat membeli-belah. Hasil daripada itu gejalah-gejalah sosial juga boleh berkurangan. Oleh itu, membaca memberikan banyak faedah.
Faedah membaca juga membolehkan kita mendapat kenalan baru. Misalnya, jika kita membaca majalah atau buku kita boleh mengetahui seseorang melalui bacaan tersebut. Kita juga boleh mengenal tempat, cara hidup, kebudayaan, makanan dan sebagainya. Oleh itu, membaca memberikan banyak faedah.
Di samping itu, membaca juga boleh menambahkan perbendaharaan kata. Melalui membaca kita boleh belajar perkataan-perkataan baru. Misalnya, semasa kita membaca buku atau surat khabar kita boleh melihat banyak perkataan-perkataan baru. Kita boleh menggunakan kamus sebagai rujukkan untuk mengetahui makna perkataan berkenaan. Oleh itu, membaca memberikan banyak faedah kepada kita.
Akhir sekali, membaca juga boleh membentuk seseorang yang bernilai moral. Jika kita membaca kita tidak akan membuang masa dalam hal-hal yang merugikan kita. Membaca juga membentuk disiplin diri dengan membentuk diri yang berkeyakin, bertabah, bersifat kepimpinan, berdikari, bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, membaca mempunyai banyak faedah.

Autobiografi


Aku Sebuah Tayar

Aku sebuah tayar. Nama aku ialah “Dunlop”. Aku ada pelbagai jenama. Warna aku ialah hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Amerika. Aku diperbuat daripada getah dan besi. Bentuk aku ialah bulat.
Selepas dibuat, aku dan kawan-kawanku dieksport ke Malaysia. Aku dan kawan-kawanku dihantar ke Malaysia dengan kapal laut. Aku dan kawan-kawanku sampai di Pelabuhan Klang. Dari sana, kami di hantar ke sebuah kedai tayar.Di sana kami dipamerkan dan diletak tanda harga. Aku bernilai RM 250.00.
Aku berjumpa ramai kawan berjenama lain. Penjual kedai itu mempamerkan aku dan kawan-kawanku. Ramai orang datang ke kedai untuk membeli kawan-kawanku. Sesiapapun tidak membeli aku. Aku berasa sedih.
Pada suatu hari, seorang belia datang ke kedai. Belia itu bernama En.Rama. Beliau melihat aku lalu membeli aku. Aku berasa gembira. Aku dibawa ke rumahnya. Tuanku memasang aku pada keretanya. Tuanku bekerja sebagai seorang jurutera.Tuan aku rajin ke tempat kerja setiap hari.
Tuan aku juga seorang yang berdikari dan bertanggungjawab kerana semua kerjanya dibuat olehnya. Aku selalu melihat tuanku. Beliau menjagaku sebagai menatang minyak yang penuh.
Selepas beberapa lama, Tuanku menghantar aku ke kilang kitar semula.Walaupun kini berada di kilang kitar semula, aku gembira kerana dapat berjasa dan berbakti kepada tuanku.

Bahasa Malaysia (Kertas 2)