Monday, June 14, 2021

Contoh Karangan Laporan


LAPORAN GOTONG-ROYONG SJK(T) ARUMUGAM PILLAI  

2021
         Pada hujung minggu lepas, pihak sekolah mengadakan hari gotong-royong. Guru besar, guru-guru, ibubapa dan murid-murid tiba pada pukul 7.55 pagi di dewan sekolah. Tujuannya adalah untuk membersihkan kawasan sekolah.
        Sehari sebelumnya, pada awal pagi kami menyediakan semua peralatan di stor sekolah. Pekerja sekolah dan guru-guru menolong kami.
        Semasa hari gotong-royong ada ucapan Guru besar. Selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya dan kawan-kawan saya bersama Cikgu Ramli ditugaskan membersihkan bilik sains. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk merakam gambar sebagai kenang-kenangan.
        Semasa di sana, saya berasa sungguh meriah. Saya gembira kerana turut berjasa kepada sekolah.
      Kira-kira dua jam kemudian, kami berkumpul semula di dataran perhimpunan. Kami dihidangakan dengan beberapa juadah untuk menjamu selera. Selepas itu,kami pun pulang. Sebelum pulang Guru besar mengucapkan terima kasih. 

Laporan disediakan oleh,                                   
___________________                                                                      23 Januari 2021
(Sivanantham a/l Raju)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK(T) ARUMUGAM PILLAI

1 comment: