Monday, June 14, 2021

Karangan Jenis Fakta

  Faedah Membaca

             Faedah membaca bermaksud kebaikan hasil daripada membaca. Membaca boleh memberikan banyak faedah. Jika seseorang itu boleh membaca maka dia boleh menguasai semua elemen pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan di pasaran, contohnya; majalah, surat khabar, buku rujukkan, buku teks, risalah, poster,internet dan sebagainya. Oleh itu, membaca membawa banyak faedah.
Selain itu, membaca juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Jika kita membaca banyak buku atau melayari internet kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contohnya, pada masa kini kita boleh membaca buku atau surat khabar melalui internet. Internet telah menjadi jambatan ilmu untuk pembaca. Oleh itu, membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.
Seterusnya, melalui membaca kita juga boleh menggunakan masa dengan berfaedah. Contohnya, melalui membaca kita boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita juga, boleh manfaatkan masa tanpa berlepak di pusat-pusat membeli-belah. Hasil daripada itu gejalah-gejalah sosial juga boleh berkurangan. Oleh itu, membaca memberikan banyak faedah.
Faedah membaca juga membolehkan kita mendapat kenalan baru. Misalnya, jika kita membaca majalah atau buku kita boleh mengetahui seseorang melalui bacaan tersebut. Kita juga boleh mengenal tempat, cara hidup, kebudayaan, makanan dan sebagainya. Oleh itu, membaca memberikan banyak faedah.
Di samping itu, membaca juga boleh menambahkan perbendaharaan kata. Melalui membaca kita boleh belajar perkataan-perkataan baru. Misalnya, semasa kita membaca buku atau surat khabar kita boleh melihat banyak perkataan-perkataan baru. Kita boleh menggunakan kamus sebagai rujukkan untuk mengetahui makna perkataan berkenaan. Oleh itu, membaca memberikan banyak faedah kepada kita.
Akhir sekali, membaca juga boleh membentuk seseorang yang bernilai moral. Jika kita membaca kita tidak akan membuang masa dalam hal-hal yang merugikan kita. Membaca juga membentuk disiplin diri dengan membentuk diri yang berkeyakin, bertabah, bersifat kepimpinan, berdikari, bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, membaca mempunyai banyak faedah.

No comments:

Post a Comment