Aku
Sebuah Tayar
Aku
sebuah tayar. Nama aku ialah “Dunlop”. Aku ada pelbagai jenama. Warna aku ialah
hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Amerika. Aku diperbuat
daripada getah dan besi. Bentuk aku ialah bulat.
Selepas
dibuat, aku dan kawan-kawanku dieksport ke Malaysia. Aku dan kawan-kawanku
dihantar ke Malaysia dengan kapal laut. Aku dan kawan-kawanku sampai di
Pelabuhan Klang. Dari sana, kami di hantar ke sebuah kedai tayar.Di sana kami
dipamerkan dan diletak tanda harga. Aku bernilai RM 250.00.
Aku
berjumpa ramai kawan berjenama lain. Penjual kedai itu mempamerkan aku dan
kawan-kawanku. Ramai orang datang ke kedai untuk membeli kawan-kawanku.
Sesiapapun tidak membeli aku. Aku berasa sedih.
Pada
suatu hari, seorang belia datang ke kedai. Belia itu bernama En.Rama. Beliau
melihat aku lalu membeli aku. Aku berasa gembira. Aku dibawa ke rumahnya.
Tuanku memasang aku pada keretanya. Tuanku bekerja sebagai seorang
jurutera.Tuan aku rajin ke tempat kerja setiap hari.
Tuan aku
juga seorang yang berdikari dan bertanggungjawab kerana semua kerjanya dibuat
olehnya. Aku selalu melihat tuanku. Beliau menjagaku sebagai menatang minyak
yang penuh.
Selepas beberapa lama, Tuanku menghantar aku
ke kilang kitar semula.Walaupun kini berada di kilang kitar semula, aku gembira
kerana dapat berjasa dan berbakti kepada tuanku.
No comments:
Post a Comment