Monday, June 14, 2021

Karangan Bentuk Hari


Hari Guru

Pada hujung minggu lepas, pihak sekolah mengadakan sambutan hari guru. Guru besar, guru-guru, ibubapa dan murid-murid tiba pada pukul 7.55 pagi di dewan sekolah. Tujuannya adalah untuk mengenang jasa guru.
Sehari sebelumnya, pada awal pagi kami menyusun kerusi yang baru dibeli. Pekerja sekolah dan guru-guru kelas menolong kami.
            Semasa hari guru ada ucapan Guru besar. Selepas itu, ada acara seperti menyanyi, drama, permainan, persembahan silap mata, lawak jenaka oleh Cikgu Ramli dan sebagainya. Saya juga turut mengambil bahagian.
Semasa di sana, saya berasa meriah. Saya sungguh gembira kerana turut menyanyi.
            Kira-kira dua jam kemudian, kami pun pulang. Sebelum pulang Guru besar mengucapkan terima kasih. Saya berasa gembira kerana majlis ini berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment