Tuesday, June 22, 2021
Monday, June 14, 2021
Karangan Bentuk Hari
Hari Guru
Pada hujung minggu lepas, pihak sekolah mengadakan sambutan hari guru. Guru besar, guru-guru, ibubapa dan murid-murid tiba pada pukul 7.55 pagi di dewan sekolah. Tujuannya adalah untuk mengenang jasa guru.
Sehari sebelumnya, pada awal pagi kami menyusun kerusi yang baru dibeli. Pekerja sekolah dan guru-guru kelas menolong kami.
Semasa hari guru ada ucapan Guru besar. Selepas itu, ada acara seperti menyanyi, drama, permainan, persembahan silap mata, lawak jenaka oleh Cikgu Ramli dan sebagainya. Saya juga turut mengambil bahagian.
Semasa di sana, saya berasa meriah. Saya sungguh gembira kerana turut menyanyi.
Kira-kira dua jam kemudian, kami pun pulang. Sebelum pulang Guru besar mengucapkan terima kasih. Saya berasa gembira kerana majlis ini berjalan dengan lancar. Contoh Karangan Laporan
LAPORAN GOTONG-ROYONG SJK(T) ARUMUGAM PILLAI
2021
Pada
hujung minggu lepas, pihak sekolah mengadakan hari gotong-royong. Guru besar,
guru-guru, ibubapa dan murid-murid tiba pada pukul 7.55 pagi di dewan sekolah.
Tujuannya adalah untuk membersihkan kawasan sekolah.Sehari sebelumnya, pada awal pagi kami menyediakan semua peralatan di stor sekolah. Pekerja sekolah dan guru-guru menolong kami.
Semasa hari gotong-royong ada ucapan Guru besar. Selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya dan kawan-kawan saya bersama Cikgu Ramli ditugaskan membersihkan bilik sains. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk merakam gambar sebagai kenang-kenangan.
Semasa di sana, saya berasa sungguh meriah. Saya gembira kerana turut berjasa kepada sekolah.
Kira-kira dua jam kemudian, kami berkumpul semula di dataran perhimpunan. Kami dihidangakan dengan beberapa juadah untuk menjamu selera. Selepas itu,kami pun pulang. Sebelum pulang Guru besar mengucapkan terima kasih.
Laporan disediakan oleh,
___________________ 23 Januari 2021(Sivanantham a/l Raju)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK(T) ARUMUGAM PILLAI
Biografi
Jiran Saya
(SiBiDiBADBA)
Nama
jiran saya ialah Encik Remo. Beliau dilahirkan pada 11 November 1964. Beliau
dilahirkan di Bukit Jenun.
Beliau berumur 47 tahun. Beliau bekerja sebagai penghulu. Beliau mempunyai tiga orang anak. Beliau juga seorang yang baik hati. Encik Remo suka menolong jiran-jiran yang susah.
Sikapnya yang peramah dan pemurah menyebabkan beliau disayangi dan disanjungi. Semua orang amat menghormatinya.
Pada hujung minggu beliau bergotong-royong bersama jiran-jirannya. Saya suka akan beliau.
Beliau berumur 47 tahun. Beliau bekerja sebagai penghulu. Beliau mempunyai tiga orang anak. Beliau juga seorang yang baik hati. Encik Remo suka menolong jiran-jiran yang susah.
Sikapnya yang peramah dan pemurah menyebabkan beliau disayangi dan disanjungi. Semua orang amat menghormatinya.
Pada hujung minggu beliau bergotong-royong bersama jiran-jirannya. Saya suka akan beliau.
Karangan Jenis Fakta
Faedah Membaca
Faedah
membaca bermaksud kebaikan hasil daripada membaca. Membaca boleh memberikan
banyak faedah. Jika seseorang itu boleh membaca maka dia boleh menguasai semua
elemen pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan di pasaran,
contohnya; majalah, surat khabar, buku rujukkan, buku teks, risalah,
poster,internet dan sebagainya. Oleh itu, membaca membawa banyak faedah.
Selain
itu, membaca juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Jika kita membaca banyak
buku atau melayari internet kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai
contohnya, pada masa kini kita boleh membaca buku atau surat khabar melalui
internet. Internet telah menjadi jambatan ilmu untuk pembaca. Oleh itu, membaca
boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.
Seterusnya,
melalui membaca kita juga boleh menggunakan masa dengan berfaedah. Contohnya,
melalui membaca kita boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita juga,
boleh manfaatkan masa tanpa berlepak di pusat-pusat membeli-belah. Hasil
daripada itu gejalah-gejalah sosial juga boleh berkurangan. Oleh itu, membaca
memberikan banyak faedah.
Faedah
membaca juga membolehkan kita mendapat kenalan baru. Misalnya, jika kita
membaca majalah atau buku kita boleh mengetahui seseorang melalui bacaan
tersebut. Kita juga boleh mengenal tempat, cara hidup, kebudayaan, makanan dan
sebagainya. Oleh itu, membaca memberikan banyak faedah.
Di
samping itu, membaca juga boleh menambahkan perbendaharaan kata. Melalui
membaca kita boleh belajar perkataan-perkataan baru. Misalnya, semasa kita
membaca buku atau surat khabar kita boleh melihat banyak perkataan-perkataan
baru. Kita boleh menggunakan kamus sebagai rujukkan untuk mengetahui makna
perkataan berkenaan. Oleh itu, membaca memberikan banyak faedah kepada kita.
Akhir
sekali, membaca juga boleh membentuk seseorang yang bernilai moral. Jika kita
membaca kita tidak akan membuang masa dalam hal-hal yang merugikan kita.
Membaca juga membentuk disiplin diri dengan membentuk diri yang berkeyakin, bertabah,
bersifat kepimpinan, berdikari, bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu,
membaca mempunyai banyak faedah.
Autobiografi
Aku
Sebuah Tayar
Aku
sebuah tayar. Nama aku ialah “Dunlop”. Aku ada pelbagai jenama. Warna aku ialah
hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Amerika. Aku diperbuat
daripada getah dan besi. Bentuk aku ialah bulat.
Selepas
dibuat, aku dan kawan-kawanku dieksport ke Malaysia. Aku dan kawan-kawanku
dihantar ke Malaysia dengan kapal laut. Aku dan kawan-kawanku sampai di
Pelabuhan Klang. Dari sana, kami di hantar ke sebuah kedai tayar.Di sana kami
dipamerkan dan diletak tanda harga. Aku bernilai RM 250.00.
Aku
berjumpa ramai kawan berjenama lain. Penjual kedai itu mempamerkan aku dan
kawan-kawanku. Ramai orang datang ke kedai untuk membeli kawan-kawanku.
Sesiapapun tidak membeli aku. Aku berasa sedih.
Pada
suatu hari, seorang belia datang ke kedai. Belia itu bernama En.Rama. Beliau
melihat aku lalu membeli aku. Aku berasa gembira. Aku dibawa ke rumahnya.
Tuanku memasang aku pada keretanya. Tuanku bekerja sebagai seorang
jurutera.Tuan aku rajin ke tempat kerja setiap hari.
Tuan aku
juga seorang yang berdikari dan bertanggungjawab kerana semua kerjanya dibuat
olehnya. Aku selalu melihat tuanku. Beliau menjagaku sebagai menatang minyak
yang penuh.
Selepas beberapa lama, Tuanku menghantar aku
ke kilang kitar semula.Walaupun kini berada di kilang kitar semula, aku gembira
kerana dapat berjasa dan berbakti kepada tuanku.
Kertas 1 (Pemahaman)
PSD –PANDANG –SEBUT-DENGAR
BUNYI HAIWAN
SISTEM RAJAKATA KERJA (aktiviti)
Me/di……………… oleh /kan/i
Ber….
Ter….. (Tertarik oleh)
Pe..
Pelukis,pencuri, pemadam,penyapu
PERISTIWA/HAL
…….an
Ke………….an
Pe……………….an
Kebakaran, pembakaran
1. Cari kata kerja yang sama
Cth; menyanyi
2. Bila dan mengapa
3. Benarkah (soalan)
Ya/Tidak
4. Guru Besar
Siapa/Siapakah
Aneka Pilihan
Betul-betul betul
Betul-betul salah
Soalan 31-40
5-3-2
Tumpu 1,2,3
Selamat Berjaya!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)